Monday, September 8, 2008

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai
bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan
masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara
objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan
bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak
sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang
melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit
hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka
jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa
ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu
dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan
gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk
menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi
jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh
bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat.
Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan
mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau
tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan
sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara
bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan
mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara
bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila
ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.
Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila
keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

2 comments:

Anonymous said...

jadi kamu ini orang yang ayu?

damai said...
This comment has been removed by the author.