Friday, August 29, 2008

merdeka..merdeka..merdeka..






salam merdeka...

hehe..

ahad ni, kite bakal menyambut hari kemerdekaan ke 51 tahun..
sebaya dgn mak aku..

31 Ogos 1957 yg lalu..
pemimpin2 negara bersusah payah berjuang utk memerdekakn negara kita..
sbg generasi muda , kite patut bersyukur dgn kebahagiaan, keamanan, kedamaian, kejayaan n keharmonian negara kite...


hehe..


semangat lak aku ..

anyway..
kat sini ade beberape info mengenai hari kebangsaan ke 51..


TEMA : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke 51


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring

Satu Amalan Kerjasama

Jadi Teras Bangsa Mulia

Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat

Moga Terserlah Perpaduan

Agar Teguh Dipersada

Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang

Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni

Nurani IkhlasDihati Murni

Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu

Bersatu Gagah Bercerai Rebah

Hindarkan Hasrat Sengketa Kita

Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu

Berpadu Bulat Kata Sepakat

Menjadi Cita Negara Jaya

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan

Lagu Oleh: Pak Ngah
Lirik: Lokgha

Ini serba sikit yg mampu aku coretkan buat tatapan kalian..

hehe..


Sambutlah kemerdekaan ini dgn suasana yg aman damai n penuh keberkatan...

moga MALAYSIA terus makmur selamanye..


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




1 comment:

tawawfayakof said...

merdeka damai.... wah, dah mencuburu bidang bloggers nampak hehe...