Wednesday, October 29, 2008

Reunion sc 3 mjsc muar @ majlis perkahwinan tasha n pok den


Alhamdulillah..ahad yg lepas selesai sudah majlis perkahwinan classmate aku yg same2 blajo
time form 4 n 5 kt mrsm muar...tasha n pok den... husband die tuh senior kt sek aku tuh..hehe.. tp yg lebih menggembirakan hatiku ialah bila beberape org classmate aku dpt dtg aritu.. adela dlm 12 org (tak termasuk pengantin).. kitorang berkumpul kt bp then reramai jumpe kt yong peng ..umah tasha.. pd yg dtg:

pudin, amir, fly, zubir, topek, nisshak, im, shima, alin, khal n shikin...

harap2 dpt jumpe korg lagi nnt... tp pd yg x dtg pon hrp jumpe korg 1 hr nnt... last but not least.. tahniah buat tasha n husbandnyer.. moga bahagia hingga ke akhir hayat...

sedikit gmbr tuk tatapan n kenang-kenangan...


bergambr bersama pengantin


alin,nisshak,shima,shikin,im,khal,damai.


posing before makan..


wif tasha..pengantin baru...


kat umah im..


kt bus stop pon jadik..haha..

Tuesday, October 28, 2008

Ayuh pelajari 20 ciri-ciri wanita kesukaan lelaki dan sebaliknya...

salam.
pekabar sume?
amacam cuti? best ker?
hehe..
actually, aku ade terbace tips ni kt dlm paper berita harian..
so..pd sesape yg rs lom ade calon tu lehla tau ape ciri2 wanita kesukaan lelaki n sebaliknyer..
slmt membace..


Lelaki suka...

· Wanita bersifat keibuan

Gaya lemah lembut dan berperawakan sederhana mudah meruntun jiwa lelaki. Mustahil seorang wanita sebegini terus membujang!


· Wanita matang

Lelaki teruja apabila berdepan wanita yang matang. Bijak, pandai membuat keputusan dan tidak merimaskan adalah kunci kejayaan menjadi kekasih pujaan seorang lelaki.


· Wanita yang menjadi dirinya sendiri

Jangan menjadi ‘plastik’ semata-mata untuk memenangi hati dan perasaan seorang lelaki. Lelaki lebih gemar dan selesa berbual dengan wanita yang tidak kekok bila berbicara.


· Wanita berpotongan badan menarik

Jangan pula terasa hati andai tidak memiliki bentuk badan idaman. Sebaliknya, yakin pada diri sendiri dan penting sekali mengambil pemakanan sihat.


· Wanita berterus terang

Pantang bagi seorang lelaki apabila seorang wanita cuba menyembunyikan rahsia dirinya. Lelaki suka apabila wanita berterus terang dan terbuka.


· Wanita yang sederhana

Usah pula menunjukkan ‘saham’ anda yang kononnya tinggi dengan meminta itu dan ini. Lelaki tidak sukakan cabaran dan situasi yang sukar kerana mereka gemar sesuatu lebih bersifat sederhana.


· Wanita pandai memasak

Jangan merasakan kecantikan sudah cukup membeli jiwa seorang lelaki. Sebenarnya faktor memasak juga menjadi kunci kejayaan dalam menawan hati seorang lelaki. Rajin-rajinlah ke dapur!


· Wanita pandai menjaga hati

Keperibadian wanita yang lemah lembut mudah untuk didekati dan disayangi lelaki. Jangan sesekali membangkitkan perkara yang membuatkan dirinya cemburu dan menyakitkan hati.


· Wanita yang manja

Manja bukan bererti mengada-ngada. Manja yang disenangi seorang lelaki adalah milik mutlak dirinya semata-mata. Jangan pula menunjukkan sikap sama dengan lelaki lain sehingga membangkitkan rasa cemburu. Awas!


· Wanita yang menghormati dirinya

Sudah menjadi resam lelaki untuk menguasai dan seorang wanita itu perlulah menghormati dirinya sebagai ketua.



Lelaki benci...


· Wanita jual mahal

Lelaki mempunyai ego yang tinggi. Jangan sesekali meletakkan diri anda umpama seorang ratu. Akibatnya sukar untuk memujuk kembali hati seorang lelaki.


· Wanita ego

Ego seorang wanita tidak boleh mengatasi sifat semula jadi lelaki. Jika kedua-dua ego bertemu, alamatnya memang tidak ke mana perhubungan itu.


· Wanita mengongkong

Mungkin seorang wanita berasa sikap mengambil tahu sebagai bukti cintanya, tidak pula bagi lelaki. Lelaki hanya menganggap dirinya dikongkong apabila semua perkara dilakukannya ingin diketahui pasangannya.


· Wanita seksi

Jangan sesekali merasakan imej seksi boleh membeli jiwa seorang lelaki. Tanggapan itu salah, sebaliknya seksi di mata lelaki lebih kepada perawakan semula jadi dan kelembutan peribadi seorang wanita.


· Wanita mengada-ngada

Terdapat dua faktor berbeza antara wanita manja dan mengada-ngada. Lelaki cukup mual bila berdepan dengan wanita mengada-ngada hingga merimaskan mereka.


· Wanita terlalu mendesak

Pantang seorang lelaki apabila didesak untuk melakukan perkara yang dia tidak senangi. Jangan memaksa sebaliknya berbincang dengan cara baik sebelum membuat keputusan.


· Wanita yang terlalu memuji dirinya

Tidak perlu terdesak untuk menonjolkan kehebatan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan keselesaan seorang lelaki. Biarlah pujian itu datang dari mulut seorang lelaki.


· Wanita yang mata duitan

Jangan pula menonjolkan sikap ‘pisau cukur’ dengan meminta itu dan ini sehingga sukar untuk diberi seorang lelaki.


· Wanita yang hipokrit

Lelaki boleh memaafkan kesalahan wanita tetapi jangan sesekali bersikap hipokrit dalam perhubungan sehingga mengeruhkan keadaan.


· Wanita kuat cemburu

Belumpun sampai ke gerbang perkahwinan wanita sudah cemburu tidak tentu pasal. Perlu diingat, lelaki mudah bosan dan tidak suka dikongkong dengan perkara remeh-temeh!

Thursday, October 23, 2008

mkn tomyam di teluk danga...

mlm td tercapai gak impian aku n yani nk mkn thai tomyam dkt danga bay a.k.a teluk danga.. mmg best giler rasenyer.. sedap nyer..mmg susah nk dpt tomyam camtuh..dhla pekat.. aku pon x tau ape yg bezanyer tomyam situ dgn tpt lain.. maybe sbb die buh susu kot.. xpe..kt bwh ni ade gmbr tomyam tuh..best giler.. lenkali leh g lagi... pas mkn..aku n yani pon amik gmbo then jalan2 kt festive street mall.. saje..jln2 cuci mate..nk beli kene tggula.. haha..

thai tomyam





wif yani..


Friday, October 17, 2008

setitis darah..seribu harapan...

sblm bercakap lebih lanjut..
aku rs secare kebetulan hidup aku dikelilingi perkara yg berkaitan dgn ubat, darah, hospital n sbgnyer..hehe..
yela..dulu ms diploma, aku join pbsm..
yg organize program derma darah ms kt kampus...

tp skrg ni aku keje kt hospital plak..wpon bukan sbg doktor atau nurse..
aku ttp dikelilingi para doktor, nurse n pesakit..huhu..

baru2 ni, ade poster ditampal kt HSA (Hospital Sultanah Aminah) berkenaan dgn program derma darah yg akan dibuat kt jb..
sedey aku x dpt derma..sbb time tuh balik bp plak..

tp yg lebey sedey bile bc poster tu ialah..

"Tabung Darah HSA mengalami kekurangan darah yg kritikal terutama darah O n B"

kebetulan plak, aku mmg drh O..
camne nk derma,time tuh nk balik plak..
tp xpela..blood bank kt tgkt bwh jer..lenkali lehla aku g derma kt situ terus...

tula..sblm kite sakit..apela salahnyer kite same2 bantu org yg memerlukan..
aku bukan nak berkempen tp just nk menyeru jer..hehe..mane2 yg layak tuh rajin2kanla derma darah..byk benefitnyer...
yg pntg..kite leh tlg org yg memerlukan...
INSYA-ALLAH...

HAPPY BIRTHDAY 4 my frens : NoYu, SaRah n HaiDa

Happy Birthday Comment




Dear...

Noyu - 9 oKtoBer

Sarah n Haida - 17 okTobEr

Happy Besday ke 23..

Sudah tua kamu bertiga..

Moga pnjg umor n dimurahkan rezki slalu..

All de best in ur study n life..

Frenship 4 ever....

Mmuahh..



Happy Birthday Comments


Thursday, October 16, 2008

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Description:

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...



Wednesday, October 8, 2008

Kisah Rayeku..

Salam..
lame sungguh tak mengupdate blogku ni..
apepon..
aku nk ucapkn Selamat Hari Raya..
Maafkan salah silap sepanjg perkenalan yer..

nk gak citer sikit kisah raye aku..
hehe..

mcm biase..aku x de nk balik kg cam org lain..yela..kg aku n umah aku dekat sgt..
klu naik motor, x sampi 10 min pon..
hehe..
so pg raye tu kitorg satu famili : abah, mak, kaklong, aku, ila, ina n zaim bersiap2 tuk ari rayela..
pas solat raye tuh..kitorg sekeluarga saling bermaafan antara 1 sama lain..cam thn2 sblm ni...

then...
kitorg pon gerak g umah atuk n nenek aku yg tak brp nk jauh tue..
kat sane, adik beradik mak aku dh ade..tp sedey sbb mokde odw dr melaka umah mertua die..
biasenye,,mmg lengkapla famili atuk aku nie...
tp thn ni ade atuk, nenek, famili aku, famili mak ngah n famili moksu...
agenda bersalam-salaman n bermaafan pon dilaksanakan seperti biase di kalangan kami..

didahului nenek aku mintak maaf kt atuk, diikuti anak2 n menantu n cucu2 nyer...
huhu..
part ni mmg menyayukan hati tau....
pastu, part yg paling ditunggu oleh mereka yg blom keje lg..
hehe..
mestila pasrt bg duit raye..
dan aku rs sungguh bertuah sbb aku berpeluang bg duit raye tuk pertama kalinyer...
hehe...

then, kitorg pon berziarahla ke rumah sedara mare yg terhmpir...

tp sedeyla..aku x puas beraye..
cuti kejap sgt..
harap2 dpt smbung raye lg..
hehe.







.