Friday, April 17, 2009

Renungkanlah tuk seketika..huhu..

Menitis air mataku bile membaca email ni... mungkin ade org ckp aku terlalu sensitif or emosi tp mmg ini adela hakikat insan yg bernama damai.. aku mmg sedey bile bab mak n abah n famili.. diorg adela darah n jantungku... YA ALLAH, seseungguhnya aku sgt syg mereka...






`Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih...mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal kan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai keriput dan jemari! yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita,yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya,.....ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang : Suami,.... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir....dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan, yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar.

Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri, yang masih setia,namun kesetiaan dan ketabahannya sering kita uji. Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat........ Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ....... untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan..... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya.... ..

Renungkan......


Kasih sayang adalah rahmat Allah......Apabila kita merasakannya bermakna hidup kita sentiasa dirahmati......Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kasih sayang itu.... bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya........ '

7 comments:

Anonymous said...

mmg sdey + syahdu..huhu

damai said...

huhu..mmg betul tu linda...
hopefully, kite akan bersama mrk hingga hujung nyawa..
huhu..

::mE uMmU:: said...

huhuhu...mmg sdih...t'ingt kt mak n abah :'(

damai said...

puteri buah lai a.k.a umu? sejak bile tuko name? huhu..
sedey kan..
damai pon ingat mak n abah..
rindunyer kt diorang..
huhu...

Damai Maisa said...

Doakan kebahgiaan mereka di dunia dan akhirat...siapa kita tanpa mereka yang melahirkan..siapa mereka dalam Allah menentukan..

Hutang keringat mereka tak dihirau dan meminta utk di bayar anak2 kelak...mandian peluh mereka memahat bukti kasih dan sayang pada cahaya hati... raut wajah dan renungan tenang dari pandangan usia hanya mahukan impian cahaya jiwa mereka berjaya..

siapa kita utk tidak membalas ?
siapa kita utk membiarkan?
siapa kita utk menyiksakan?
siapa kita utk menghampakan?

kesah kecil kami dulu menyirami tubuh dengan air yang benar ikhlas tanpa menghitung saban waktu...kerana anak !!
begitu besar pengorbanan
kerana anak takkan kami hanya mampu menyirami tubuh dengan air yang benar ikhlas pada detik2 hujung waktu ? di mana tiada lagi saban utk hari berlalu.
terlalu kecil pengorbanan
tidah cukup lautan utk dbayar..

Maafkan,maafkan,maafkan
syukurkan,syukurkan,syukurkan

tadahan rapat menemui kalimah..
moga mereka menemui rahmat

Damai Maisa said...

Doakan kebahgiaan mereka di dunia dan akhirat...siapa kita tanpa mereka yang melahirkan..siapa mereka dalam Allah menentukan..

Hutang keringat mereka tak dihirau dan meminta utk di bayar anak2 kelak...mandian peluh mereka memahat bukti kasih dan sayang pada cahaya hati... raut wajah dan renungan tenang dari pandangan usia hanya mahukan impian cahaya jiwa mereka berjaya..

siapa kita utk tidak membalas ?
siapa kita utk membiarkan?
siapa kita utk menyiksakan?
siapa kita utk menghampakan?

kesah kecil kami dulu menyirami tubuh dengan air yang benar ikhlas tanpa menghitung saban waktu...kerana anak !!
begitu besar pengorbanan
kerana anak takkan kami hanya mampu menyirami tubuh dengan air yang benar ikhlas pada detik2 hujung waktu ? di mana tiada lagi saban utk hari berlalu.
terlalu kecil pengorbanan
tidah cukup lautan utk dbayar..

Maafkan,maafkan,maafkan
syukurkan,syukurkan,syukurkan

tadahan rapat menemui kalimah..
moga mereka menemui rahmat

Anonymous said...

assalamualaikum kak damai..hehe
sila lah sambut salam tag dr ReD..lalala~~~