Monday, September 8, 2008

Tips Semasa Puasa


Berpuasa merupakan amalan baik yang dapat mendisiplinkan individu dalam menjaga kesihatan diri. Bagi mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang daripada lima kumpulan makanan iaitu roti dan bijirin, susu dan produk tenusu, daging dan kekacang, sayur- sayuran dan buah- buahan serta sedikit lemak dan gula.


¡ Banyakkan makan makanan yang berkarbohidrat kompleks. Makanan jenis ini
lambat dihadamkan dan mengenyangkan, iaitu mengandungi serat dan
berkarbohidrat kompleks.

¡ Makan banyak tempe kerana ia lambat dihadamkan dan kaya protein. Makanan
ini boleh berada dalam sistim penghadaman selama kira-kira lapan jam.

¡ Banyakkan makan kurma ketika berbuka. Kurma mengandungi serat, gula,
karbohidrat kompleks dan garam galian. Ia boleh menjadi sumber tenaga untuk
kecergasan tubuh badan dan minda.

¡ Makan pisang sebagai pencuci mulut kerana ia mempunyai banyak garam
magnesium.

¡ Makanan harus dimasak secara kukus, panggang atau rebus.

¡ Banyakkan minum air

¡ Kurangkan pengunaan santan dalam masakan. Sekiranya ingin memasak kari
gunakanlah dadih.

¡ Banyakkan makan buah- buahan dan sayur- sayuran segar.

¡ Makanan yang banyak lemak dan bergoreng. Makanan jenis inilah yang
menyebabkan masalah penghadaman, pedih ulu hati dan masalah berat badan.

¡ Kuih- muih yang banyak gula. Ia boleh menyebabkan masalah obesiti
dan diabetes.

¡ Terlalu banyak makan ketika berbuka. Seeloknya makanan yang berkuantiti
sederhana dan ala kadar bagi mengelakkan rasa megah dan penat.

¡ Minum teh atau kopi. Minuman ini boleh menyebabkan sakit kepala.

No comments: