Thursday, February 26, 2009

hepy besday abah...

lebey kurang jam 8.30 pg 26 feb 2009...aku tepon henset abah..

aku: hello..assalamualaikum..
mak: w'salam..
aku:mak, abah ade x? hehe.. nk ckp dgn abah jap..
mak: ade ni..(mak pon pass tepon pd abah)
abah: hello..
aku:hello abah..ngah buat ape? dh nk g keje ke?
abah: a ahh..
aku: abah, slmt hr jadi ke 56...
abah: hehe..terima kasih..
aku:semoga panjang umor n murah rezki..dah 56 dah..kalau org keje kerajaan dh pencen dah.(yela...ayah aku askar dulu..umor 40 thn dh pencen..hihi..)
abah: a ahh,, dh penat dah..pasni nk rehatla..hehe..
aku: hehe..rehatla.. (sedeynyer dgr ayat abah, tp mmg dh sampai ms die berehat..biar kami adik2 beradik plak bekerja)..
abah:ko kt mane? dh g keje?
aku: dah..kt opis..k la abah..moga pnjg umor n murah rezki..hehe..

moga abah dipanjgkn umor n dimurhkan rzki..
ape ek hadiah yg sesuai tuk abah? ade idea x? hehe.. bgtaula aku...

apepon, yan, kaklong, ila, ina n adik syg abah n mak jugak..
love u all so much..


Wednesday, February 25, 2009

hari ini..

hari ini hari rabu..hehe..
tibe2 rase nk menulis somthing kt diari hati aku ni..
td aku kuar mkn dgn kak alya..aku amik insurans dgn die..under prudential insurans..bukan ape, sementara muda ni, elokla buat insurans tuk mase depan..kite x leh jangke ape yg berlaku kan..hehe..ewah..cam promo lak aku ni..
arini mkn nasi ayam penyet...rase2nye kt johor je ade mknn ni..
dh lame x mkn..sedapnyer..hehe..ns ayam penyet ni ade nasi putih, sup, ayam goreng yg tlh dipenyetkan, sambal belacan, ulam2 man mcm timun, kobis, kacang pnjg..pastu tempe n tauhu goreng..sedap tau..yg best sbb ayam nye besar..hehe..
benarnye, ni mknn dr indonesia..tp biasela mcm2 ade kt malaysia ni..

pas g mkn aku follow la kak alya g majlis agama islam jb...dkt je dgn hospital tpt aku keje ni.. actually dulu aku praktikal kt sane, so kenalla beberape staff kt sane yg mesra aku panggil kakak..sume baik2..ade kak adah, kak nurul, kak sue, kak ana, kak azliza..hehe..sume ingat aku lagik.... best gak dpt jumpe diorg..dptla tye kabar masing2..rupe2nyer kak adah pregnant..hehe..alhmdulillah..rezki..
sume heran camne aku leh baik dgn kak alya sbb diorg sume mmg client kak alya tuh..
biasela, bukan besar pon jb ni..pi mai pi mai tangtu gak..hehe... sume kebetulan, kalau x aku x sampai kat majlis agama tuh..hehe...

akak2 tuh sume kenal tyme praktikal diploma ms tuh jan-april 2006 klu x silapla.. sume baik n sportingla..tp bile masuk sane mesti ade kenangan yg berlegar2 dlm pkiran..huhu.. ape ek? xpela..x yah bgtau..biar aku n diorg je tau..haha.. tp dpt bwk balik souvenier dr sane..haha..kak nurul bg sekotak kurma dgn bekas yg cantik n comel..aku plak mintak paper beg..hehe..

pastu tgh borak2 tuh, dtg plak en ipin, staff IT.. dulu aku praktikal under die gakla..sbb bhgian IT..alamak, dhla x singgah bilik IT..ape plak kate die nnt..hehe..tp xpela, lenkali bulehla singgah..just sempat tye kabar je td..yg bilik IT tu cume tggl en ipin n en nuar je yg kekal dr dulu..lenkali damai singgah eh..hihi..

pastu, aku pon balikla ke HSA..opis akula..menyambung keje n menulis dlm diari hatiku ni..
hehe..maklumla, td terkeluar awal..kenela masuk awal gak..hehe..

k la, nnt jumpe lagi..daa..

Monday, February 23, 2009

bestnyer tgk citer geng..betul betul betul..hehe..


salam..
pejam celik pejam celik dh smpi ujung bulan 2 kan..
huhu..kejap je mase berlalu..next week dh bulan 3..
xpela, yg pntg kenela hargai mase yg ade ni..

anyway, aku hepi sbb dpt balik kg.. haha..mcm jauh sgt kg tuh..yela, last week aku x lik sbb keje..huhu..:(..
aku dh janji nk p tgk citer geng: pengembaraan bermula, yg ade upin ipin tuh dgn adik aku..
hehe..akhirnya, dapat gak tgk ari sabtu aritu..aku g tgk kt Summit Parade BP jer..
aku, mak, adik aku 2 org (ina n zaim)...

hoho..pegi awl gak..smpi sane kul 12 lebey..tgk lengang je..dpt tiket kul 1.50..lepak2 la dulu mane2..sementara tggu kul 1.50 tuh... dlm kul 1 lebey tuh..org dh makin ramai..budak2 la yg ramai..ni mesti nk tgk citer upin ipin ni..hehe.. mmg betul pon..
penuh wyg tuh, sume pakat nk tgk citer tuh..
yela, first tyme anak tempatan buat movie animasi camni..nak plak ade upin n ipin yg comel bangat..

citernyer pon best, ade gembira, lawak, sedey n seram..n ade oopet..hihi..comel gak oopet ni..aku sedey bile part oopet nk berpisah tuh..huhu..wpon citer kartun, tp mmg aku leh feel la....

dahla best, gmbr pon cantik, sume smooth je...bangga la dgn diorg yg buat ni..tak mustahilla diorg leh dpt 10 juta tuk citer ni..

apepon, pd sume yg lom tgk, p la tgk..rugi tau..bukan sng nk tgk citer camni..klu nk selamat, booking la awal2..klu x , takut melepas plak..hehe..


adik aku yg bersemangat nk tgk cite ni

Tuesday, February 17, 2009

KESAN membaca HOROSKOP...


Keratan email yg aku dapat.....

***************************************************************************************

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang
telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa
membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka
kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

minggu yg penat..

yeah..bertemu lg kite dlm diari hatiku ini..
ape ek nk tulis? hehe..
ala, citer2 biase je pon ape yg aku buat last week..

minggu yg sungguh penat n busy..

last week sungguh penat bg aku.. nape ek.. yela, maybe before ni x penah rase penat dgn keje sampai camni sekali...huhu..

last week, boss n staff2 dr kl turun jb sbb diorg ade keje nk buat kt jb ni. antaranye ade yg install server baru kt beberape site, pasang printer baru n mcm2 lagikla..
kehadiran diorg yg seramai 7 org tu yg sumenyer lelaki agak membuatkn aku sedikit janggal..hehe.. maklumla, ramai yg aku x penah jumpe.. tp aku penahla jumpe bos tuh.. tupon tyme interview..hehe..pastu dh duk jb, xdekla nk g kl lagik...

biasela, keje bab2 teknikal ni mmg laki2 yg ramai involve.. sbb melibatkn brg2 yg berat mcm server n kene ke sana ke mari..mmg lasak sikitla..jrg pompuan buat keje camni.. aku pon tak tau camne leh terjebak..hehe..tp aku x kesah.. mungkin ni rezki aku..

actually, byk sgt bende baru yg aku dpt sepanjang diorg ade kt sini...before ni x penah pon tgk diorg pasang server.. tp kali ni dptla tgk camne nk psg, install windows srver n segala yg berpatutan dgnnya la.. tp cuak gak la bile diorg suh aku buat sendirik, maklumla x penah buat, tibe2 kene buat.. pulak tuh ramai yg jd pemerhati..hehe..dgn bos sekali ade..hehe..tp seb baik aku suksess.. perasan la plak.... haha..okla, at least dpt belaja byk bende baru..

cume y letih sikit sbb balik agak lmbt gakla, pastu sabtu n ahad pon kije.. tp x pela, bukan selalu..lagipon kene setelkan sebelum ari senin sbb isnin user akan gune sistem yg berkenaan.. so, as soon as possible kenela buat.. tp byk bende baru yg aku belaja..rase aku mcm x tau pape je bile tgk diorg buat keje. maklumla, aku dulu x suke sgt bidang network ni.. tp mungkin ni rezki n peluang aku.. aku coba la.. tp aku lg tak sanggup jadi programmer..haha...

mggu lepas x dpt balik kg..huhu..tp mggu ni insya-ALLAH kenela balik..
walaucamnepon, aku berterima kasih sgt pd sume yg byk memberi tunjuk ajar pade aku dlm bidang keje aku ni..hehe..

yg terlibat keje pd 14 n 15 feb 2009 :-

-mr choo, zam, afrezad, haryzad, shaeful,rashid, azmi, zulhelmi..

akhir sekali, terima kasih mr choo belanje mkn besar.(mcm la die bace blog aku) .. hehe..

TPC Team is the best among the best.. :)

Thursday, February 12, 2009

nasib org bujang..huhu..

salam..

ermm..dh lm x update blog..hehe..lame ke ek? x kisahla, tp aku bosan ni..
x taula nk citer pasal ape..sbb xdek pape yg best sgt pon nk share..
tp kan ni ade satu perkara yg merimaskan aku..aku rs ramai org menghadapi mslh yg same..huhu..

nasib org bujang..

asal balik kg je..mesti org tye pasal kawen...
mcm2 la soklan yg berkaitan dgnnyer..huhu..
soklan wajib camni la cthnyer...

ni ayat nenek aku la...

"dh besar cucu2 aku rupenyer..tgh tggu nk dpt menantu jer, harap2la pnjg umor, dpt tgk cucu2 kawen"..terasa plak aku..aku cucu no 2..huhu..

ayat jiran tetangga..

"yan(name gelaran aku kt kg)..bile lagik nk mkn nasik minyak..." selambe je aku jwb..relaxla, muda lagik..(tp dlm hati...mude ke?)..hua3..

ayat sedara mara..

"dh besar anak2 tikah(name mak aku), x lame lagi menantula ni.."

huhu..sume soklan2 di atas merimaskan aku ..esp akak akula..die lom lepas lagik.. seb baik..
tp sbg anak no 2, kenela bersiap sedia gak..
ape komen mak abah aku ek bile diorg tye camtuh..hehe..

ala, diorg x kesah pon..yg pntg ade jodoh insya-ALLAH, adela..

mmgla klu ikutkn umor cam aku ni ramai mmber2 dh berumah tangga..tp nikan sume rezki..cepat lmbt dh ditentukan...just wait n see jela..hehe..

apepon, bab kawen ni melibatkn hati n perasaan..pelbagai pengalaman n dugaan pernah aku lalui.. n biarlah segalanye menjadi teladan yg berguna buat aku....aku slalu berdoa aku bertemu dgn org yg betul2 menghargai aku n bole membahagiakan aku hingga ke hujung nyawa..AMINNN...


Friday, February 6, 2009

seronok n jeles..haha..

nape aku seronok n nape aku jeles ek?
haha..

ni sume gara2 aku dpt berita ade 2 sahabat aku sedang menanti cahayamata..
wah, masing2 bakal bergelar ibu..
tahniah aku ucapkn pd nora, kwn ms sek rendah n sal, kwn ms diploma..
kedua2 nyer sebaya dgn aku n masing2 kawen muda..yela, dah smpi jodoh kan..
tu yg aku jeles, aku masih tercarik2 lagik ni..haha...

apepon, aku doakan diorg selamat n mendapat anak yg comel2 serta soleh n solehah belaka..


takut tau..jgn buat mcm tuh tau..

smlm ari kamis ade sorg pesakit kt hospital ni terjun dr tingkat 4...
huhu..tgkt 4 tu level aku keje..tp tyme tu aku dh balik.. menurut kate opismate aku, x lame lepas aku balik je, org tuh terjun...
patutla kecoh2 ms aku smpi kt floor bwh sekali....

then, pg td aku semptla borak sgn sorg guard ni pasal kes tuh...
mmg betul n org tu terjun maybe disebabkn die tekanan perasaan kot n sbb sakit yg dialami..
keadaanyer dikatekan cedera parah walaupon muka x cedera, tp organ dalaman n yg lain teruk.. doktor cuba untuk selamatkan namun mungkin sudah sampai ajal apabila die disahkan meninggal pg td...

huhu..sume org meghadapi masalah kan tp kite kenela cari penyelesaian yg betul. jgn terlalu ikutkan perasaan nnt mcm2 jadik..
terutama bg kite org islam, kite ade iman..maka pk la dgn sewarasnya..yg pntg berdoa byk2 dan cari jalan penyelesaian..bukan dgn membuat perkara yg hanya mendatangkan keburukan...

sape2 yg ade mslh or tekanan, byk2la bersabar sbb sume tuh dugaan dr ALLAH..

meh layan lagu sat...

tibe2 aku rs nk letak lagu ni kt sini..walaupon ni lagu lame..tp i like it..hehe..

Sejak Ku Bertemu Pada Mu oleh Sanisah Huri

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

( korus 1 )
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Andainya kanda pikat asmara
Sudikan dengan jiwa raga ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu!

( korus 2 )
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku persembahkan diri pada mu
Kerna kandalah syurga bagi ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu



ye ye ari jumaat..

selamat hari jumaat..

hehe..arini ari jumaat..aku paling suke ari jumaat sbb ari sabtu cuti..yeye, bole balik kg.. haha..mcmla jauh sgt kampung aku tuh..hehe..
ditambah pulak senin cuti thaipusam..so, lgla best aku punyer ujung mggu...
kalu dpt cuti lagi lame kan lagi best..huhu..

tak taula nape dgn aku ni..
kdg2 semangat keje aku berkobar2 tp kdg2 rs cam mls je nk kije.. tak suke bile tiba ari senin, mesti tertunggu-tunggu ari jumaat..huhu..
nape ntah..ggggrrrr.......aku geram dgn diri sendirik la..huhu..dh x tau camne nk motivate diri ni...

apetah lg kdg2 aku geram bile keje yg aku patut buat aku x dpt selesaikan dgn baik..huhu..kesian kt org sekeliling aku yg terlibat dlm keje tuh..i'm sorry... yela, diorg2 yg slalu ajar aku, tp aku ni lmbt skit nk paham..tuh yg asyik salah je..huhu.. damai damai.. ape la... xpe, jadikan itu sbg pengajaran, pasni kene usaha lebey gigih lagi.. chaiyok2..hehe..

mlm ni aku akan balik kg kt batu pahat..lebey kurg dlm sejam setengah dr jb ni..balik dgn moksu n mmber aku..tumpang die jela, sbb satu jalan..tp aku xde aktiviti nk buat pon ujung mggu ni..yg pasti duk kt umah lg best dr duk jb ni...at least aku ade famili aku esp mak, abah n adik2 aku.. xpon, tgk tv jela...hehe..

selamat berhujung mingguu...


Tuesday, February 3, 2009

Best Nite PULADA

haha..
lom pape aku rase nk ketawa...
nape ek?
korg dgrkan dialog aku dgn kwn aku ni..

lebey kurang jam 10.45 pg..di puduraya..senin..26 hb 1 2009..

tepon aku berbunyik...panggilan dr yani..

yani: hello damai..ko kt ne?
aku: hello..aku kt pudu ni..nk balik bp.. nape?
yani: ko leh tlg aku x?
aku: tlg ape?
yani: ade mmber aku dak PULADA ade dinner sabtu ni, 31 hb 1 2009.. tp die xdek partner..
leh x ko jadik partner die?
aku: hah? ko biar betul? ko g x?
yani: mule2 die ajak aku, pastu aku kene keje la sabtu ni..huhu.. bolehla eh?
aku:(pening2 ni nk pikir jwpnnyer).. yani, nnt aku bgtaula jwpannyer ek..
yani: ok..as soon as possible tau.. paling lmbt, mlm ni..
aku: ok..nnt aku bgtau...daaa..

talian diputuskan..tut..tut..tut..

ms tuh aku kt pudu dgn zeha..thanks dear anta aku smpi pudu..sian ko..

aku: zeha, camne ni..member aku mintak tlg jadik partner die dak PULADA..
zeha: g jela..ape salahnyer..
aku: huhu..nntla aku pk kan..


akhirnye, aku setuju gakla..sbb sian plak kt member2 aku tuh..just teman..yg pntg dpt mkn free..
hahaha..

makanyer, aku pon joinla majlis mkn mlm pegawai muda ATM tuh..majlis ni jugak dikenali sbg Best Night..pasni masing2 akn teruskn kerjaya sbg askar di seluruh negara..huhu..
byk pengalaman mlm tuh..yg pntg protokol diorg yg mcm2.. dr jalan, mkn n mcm2 lagikla..

antaranyerla kan...

majlis actually start dlm kul 8.tp before tuh sume akan berada kt lobi PERSADA tu..sume berbual2 n buatla ape yg patut esp amik gmbo..haha...air pon ade disediakan.. then, diorang ade sesi bergmbr sesama pegawai muda..then, barula masuk ke dewan...
then, tggu VIP iaitu komandan..pgkt yg paling tggila tuh..
mmber aku bgtau, yg laki2 akan tarikkan kerusi tuk pompuan..diorg xleh tarik sendirik...tu dah kire mensabotaj majlis..hehe..best gak tuh..bukan senang nk suh org tarikkan kusi tuk kite..haha..

pastu aku diajar protokol tuk makan..huhu..makan pon ade protokol..sabo jek
mula2..pasal nk amik sudu, garfu n pisau..kene amik ikut giliran n psgn yg betul..jgn pakai amik je..haha..
then makan akan diiringi muzik..kalau muzik berhenti, kene stop makan..pastu kene makan bile komandan dh start makan. so, kenela alert mata tu...
seb baik band ATM tuh buat lagu slow2..kalau x, mmg x sempat la.....
seb baik mkn best.. org belanje..mmgla sedap...

then, majlis diteruskan dgn persembahan nyayian, lakonan. majlis diakhiri dgn tarian poco2 dan mcm2 lagi yg disertai oleh sume tetamu yg hadir.. hehe..seronok gak...dapat pengalaman baru n kawan baru...

aku ber8 ms tu iaitu.. aku, syafiq, misha, fahmi, myra, shah, ana n amir...

ade mase lehla jumpe lagi..
anyway, gud luck n all d best..
selamat menjalankan tugas sbg tentera yg berkaliber...







ps: x leh letak gmbo byk2..kang gosip..hua hua hua..